Tuesday 14 June 2011

setelah lama menyepi

Terlalu lama aku menyepi,
sibuk dengan urusan duniawi,
sempat juga bermuhasabah diri,
memperbetulkan niat di hati..

Aku akan kembali,
mengisi kekosongan ini,
dengan coretan yang padat berisi
buat tatapan yang sudi meneliti..

Saturday 2 April 2011

Dari Singapura ke Kuala Lumpur

Pendahuluan
Waiting for 2 Singapore cars to reach K.L really makes me excited. Anjang & Mak Anjang is coming with Nenek & Tok Bak, while another car, Mak Ngah & Pak Ngah with the 3 heroes - Luqman, Md Khair & Munir.

17-03-2011
Kami suami isteri menjemput mereka di kedai minyak berhampiran Tol UPM, terus ke rumah untuk berehat dan menikmati santapan tengahari. Rendang yang dibawa mak anjang sedikit sebanyak  membuat rinduku terhadap masakan asal negeri kelahiranku terubat. Mak ngah pula berulang kali menyatakan kekesalannya kerana tertinggal 40 keping roti boyan di rumah. Takpe, tak ada rezeki.

Petang itu, kami bermandi-manda di Congkak Waterfall. Yang paling excited tentunya mak ngah, sbb 'kat singapore mane nak jumpe air terjun'. Lepas mandi, perut mula berkeroncong, hajat mak anjang untuk try satay kajang akan ditunaikan. Tapi sebelum tu, sempat juga singgah di Ampang Look-out Point untuk melihat panorama seluruh k.l dari menara tersebut. 

18-03-2011
kenangan di masjid besi-Putrajaya
Hajat tokbak pula nak jumpa dengan cousinnya yang tinggal di kl merupakan misi yang perlu diselesaikan hari ini. Tapi sebelum tu, kita ziarah masjid besi di Putrajaya. Sempat juga tokbak bersolat sunat tahiyatul masjid dan dhuha. Lepas tu, terus bertolak ke masjid Shah Alam untuk solat jumaat, kononnya lepas tu nak pergi rumah empat musim, tp sebab it is an outdoor activity, dan hujan turun dengan lebatnya, the plan was cancelled. Kita pergi lunch and ziarah cousin tokbak, Tok Harun and her sister Nek Nyah at Taman Melati. Malam, kita dinner at my in-law’s place.

19-03-2011
Sekejapnya… today they are going back. But before dat, we went to Nilai 3 untuk shopping…. Ok wait, is everybody’s wish being granted? Let’s check! Mak ngah nak mandi air terjun (done). Mak anjang nak makan satay kajang (done). Tok Bak nak jumpe tok harun & Nek nyah (done). Pak Ngah & Anjang biasa2 je, The 3 boys dapat makan & jalan (consider done). Ooppss.. nenek! Nenek nak rendam kaki kat air panas, but we all da ready nk balek. At last, otw back, singgah kejap kat kolam air panas pedas… fuuhh!! Everybody wishes has been granted , and now its time to say goodbye

Penutup.
Kami akhirnya berpisah di highway. Moge ade pertemuan yang selanjutnya supaya ikatan persaudaraan ini tak akan terputus. Thanks for visiting. :)



 

Monday 28 March 2011

kisah di sebalik seminar

26/03/2011, Jam 12 Tengahari, Bilik Falimbani.

Lega! Alhamdulillah... aku tesenyum sendiri. Beberapa minit yang mencemaskan baru sahaja berlalu.
Sepanjang tempoh setahun yang sudah, aku bertungkus-lumus memikir, memerah otak dan keringat, menghabiskan masa dan wang, meminta pendapat dan khidmat nasihat, mencari bahan dan rujukan, berkejar ke sana dan ke mari, berdoa, berharap, dan meminta,  akhirnya.... tiba waktunya untuk aku membentangkan cadangan penyelidikan yang bakal aku jalankan sebagai salah satu syarat untuk memenuhi keperluan  pengajian Master dalam bidang yang amat ku minati, Bahasa Arab.

Tiada kata yang dapat ku ungkapkan setelah tajuk cadanganku diterima oleh Jabatan. Walaupun di akhir pembentangan, wujud beberapa kritikan membina, kata-kata cadangan dan motivasi untuk memperbaiki dan  melicinkan proses penyelidikan yang bakal ku jalankan. Masya Allah, sungguh besar nikmat Allah buatku.

Sedikit ucapan la ye...terima kasih yang tidak terhingga buat suami tercinta, Muhammad Zulhusni,  kerana memahami dan memberi galakan yang tidak berbelah bahagi, ahli jawakankuasa penasihatan, Dr Abd Rauf dan Dr Reha, sahabat susah senang yang sama-sama berjuang, Farah Hanan, ibu abah, mak ayah dan siapa sahaja yang mendoakan.

Namun, ketenangan ini tidak akan terhenti di sini. Baki setahun lagi untuk meneruskan penyelidikan sebelum satu lagi pembentangan yang 'mengerikan' setiap mereka yang mengambil kursus ini, iaitu viva. Satu ujian akhir untuk membentangkan hasil kajian yang telah dijalankan... setahun lagi... hanya setahun lagi... Doakan aku berjaya. Amin Ya Robb.


p/s: dalam pengajian master yang sedang aku ikuti, selain proses penulisan tesis yang dibimbing pensyarah, dua bentuk pembentangan perlu dilalui. Dalam tahun pertama, 'seminar' iaitu pembentangan cadangan penyelidikan. Tahun kedua (tahun akhir), 'viva' iaitu pembentangan hasil penyelidikan yang dijalankan. Sungguhkan mencabar, namun tiada istilah mudah dalam menuntut ilmu. Doakan aku tabah.

Saturday 12 March 2011

ole-ole dari indonesia

Tika aku menaip coretan ini, aku masih lagi berada di rumah keluarga mertuaku.. Semua sedang lena diulit mimpi, maklumlah baru saja pulang bercuti dari Bukit Tinggi, Indonesia. Alhamdulillah, mereka selamat pulang dengan senyuman puas setelah mengembara melihat keindahan alam ciptaan Allah. Biarpun tidak mengharapkan sebarang ole-ole, aku tetap diberi sepasang telekong dan jubah supaya dapat memanjangkan pahala mereka supaya terus beribadah pada Allah dan menutup aurat dengan sesempurnanya. Namun, ole-ole yang lebih berharga dari ibu mertuaku adalah pesanannya setelah pulang: "kalau nak pergi Indonesia, pergi la  Padang atau Bukit Tinggi... tempat dia biasa je, tapi kat situ la kite dapat jumpe ramai orang Islam, tengok suasana Islam,  azan kat mane-mane bole dengar, seronok"

Insya Allah, ade rezeki...aku pula akan menjejakkan kaki ke sana, untuk melihat kebesaran Allah dan bertemu saudara sesama Islam.

Wednesday 9 March 2011

Sempena hari lahirnya...

Semalam aku saja mengetuk pintu pejabatnya.."masuk". Sah! Dia ada di dalam. Dengan mengenakan jubah oren bercorak moden, aku mempercepatkan gerak membuka tombol pintu serta menjejakkan kaki ke pejabat miliknya. Dengan nada ceria, dia memulakan perbualan: "Macam kenal je baju tu". Aku tersengih bangga. "Saje je saya datang bilik dr, nk tunjuk baju ni la... cantik kan? Alhamdulillah, it fits me well". Sebenarnya, baju yang ku pakai adalah hadiah daripadanya sempena hari perkahwinanku tiga bulan lalu. Dia selalu menyatakan kebimbangannya andai jubah itu tidak sepadan dengan tubuhku. Lalu, aku bercadang untuk'memperagakan' jubah tersebut di hadapannya.

Sebenarnya, aku tidak pernah berhasrat untuk memakai jubah secantik itu ke fakulti. Cuma, hati ini secara tiba-tiba teringin untuk menyarungkannya. Satu lagi sebab, hari lahir pensyarah kesayanganku baru sahaja berlalu. Kerana kesuntukan masa untuk membelikan apa-apa hadiah sebagai tanda selamat, aku hanya mampu 'mempamerkan wajah' dan 'menggayakan jubah' itu ke pejabatnya untuk mengucapkan selamat atas umur yang Allah kurniakan buatnya.

Katanya "Semalam, sempena hari lahir, suami saya sempat ajak kami sekeluarga makan sedap. Dia buat slide show presentation untuk saya. Saya cakap kat dia..kan best kalau birthday hari-hari." "Sebab tu la birthday tak bole hari-hari, nanti tak special" Cepat pula saya menyampuk.

Begitulah akrabnya kami. Walaupun aku hanya berstatus student, tapi tidak begitu di matanya. Aku dianggap sebagai adik, dan tempat dia berkongsi ilmu, nasihat dan pendapat. Aku amat mengaguminya. Setiap kali bila bertemu, dia akan menyuarakan kesedihannya kerana tidak dapat meluangkan masa dengan anak-anak dek kerana kesibukan kerja yang tak pernah berkesudahan. Dia bercadang untuk berhenti kerja, namun kerana masih terikat dengan kontrak yang berbaki lima tahun, ditabahkan hati untuk tetap meneruskan perjuangan.

Aku selalu mengusiknya, "janganlah berenti kerja, nanti saya tak ade kawan bersembang" Dia menjawab dengan penuh makna, "Guru boleh diganti, tapi  ibu tidak... anak-anak saya amat perlukan saya". Terdiam aku seketika.

Buat Dr Reha, ku doakan agar dikau diberi kemudahan dalam setiap urusan dan dikurniakan ganjaran yang sebaiknya atas setiap kebaikan yang dicurahkan. Ya Allah, berkatilah hidupnya.... Ameen~

Wednesday 2 March 2011

Selamat maju jaya....

Buat sahabat yang jauh di mata, dekat di hati...
Sempena 'menyambut' peperiksaan yang sangat getir dan mendebarkan...
Aku ingin kau tahu, doaku buatmu tak pernah putus, ingatanku padamu tak pernah padam...
Selamat maju jaya! biar apa pun rintangan, biar apa pun halangan, jangan pernah putus asa...
Rahmat Allah bersamamu sentiasa. :)

~Just because something is DIFFICULT, doesn't mean you shouldn't TRY.
 It just mean u should try HARDER~


p/s: well, this short & sweet message is specially dedicated to Siti Nurliyana.

Saturday 26 February 2011

Ucapan buat kekanda...

Selamat menyambut hari lahir buat pertama kali sebagai seorang suami...
Moga mahligai yang dibina bakal diserikan dengan cahaya mata 
yang soleh dan solehah sebagaimana yang diimpi...
Ameen ya Robb..

Ucapan yang ringkas, tapi penuh bermakna... Suamiku, seorang yang amat gemarkan perhatian, berperwatakan ala-ala pemimpin, namun sekali sekala terserlah jua sifat keanak-anakkannya... kontra yang bersangatan dengan diriku.... hehe, tetapi itulah yang membuatkannya istimewa...di mata, di hati, di sanubari.. Cintanya tak pernah padam, semakin hari semakin mendalam... Tersenyum aku sendirian ketika mengimbas kembali kata-katanya: "Abang tak nak makan nasi  dua minggu, sampai la 26 hb nie,baru abang nak makan nasi dan kek puas-puas"  Pelik, mengapa tarikh 26 yang menjadi pilihan... ouh, nak kek rupanya time birthday nanti... hehe.. Ok, akhirnya kek Secret Recipe menjadi santapan pada hari lahirnya... Wah! Si dia tersenyum puas hingga ke cuping telinga....

~Abang, moga berbahagia selalu~