Semalam aku saja mengetuk pintu pejabatnya.."masuk". Sah! Dia ada di dalam. Dengan mengenakan jubah oren bercorak moden, aku mempercepatkan gerak membuka tombol pintu serta menjejakkan kaki ke pejabat miliknya. Dengan nada ceria, dia memulakan perbualan: "Macam kenal je baju tu". Aku tersengih bangga. "Saje je saya datang bilik dr, nk tunjuk baju ni la... cantik kan? Alhamdulillah, it fits me well". Sebenarnya, baju yang ku pakai adalah hadiah daripadanya sempena hari perkahwinanku tiga bulan lalu. Dia selalu menyatakan kebimbangannya andai jubah itu tidak sepadan dengan tubuhku. Lalu, aku bercadang untuk'memperagakan' jubah tersebut di hadapannya.
Sebenarnya, aku tidak pernah berhasrat untuk memakai jubah secantik itu ke fakulti. Cuma, hati ini secara tiba-tiba teringin untuk menyarungkannya. Satu lagi sebab, hari lahir pensyarah kesayanganku baru sahaja berlalu. Kerana kesuntukan masa untuk membelikan apa-apa hadiah sebagai tanda selamat, aku hanya mampu 'mempamerkan wajah' dan 'menggayakan jubah' itu ke pejabatnya untuk mengucapkan selamat atas umur yang Allah kurniakan buatnya.
Katanya "Semalam, sempena hari lahir, suami saya sempat ajak kami sekeluarga makan sedap. Dia buat slide show presentation untuk saya. Saya cakap kat dia..kan best kalau birthday hari-hari." "Sebab tu la birthday tak bole hari-hari, nanti tak special" Cepat pula saya menyampuk.
Begitulah akrabnya kami. Walaupun aku hanya berstatus student, tapi tidak begitu di matanya. Aku dianggap sebagai adik, dan tempat dia berkongsi ilmu, nasihat dan pendapat. Aku amat mengaguminya. Setiap kali bila bertemu, dia akan menyuarakan kesedihannya kerana tidak dapat meluangkan masa dengan anak-anak dek kerana kesibukan kerja yang tak pernah berkesudahan. Dia bercadang untuk berhenti kerja, namun kerana masih terikat dengan kontrak yang berbaki lima tahun, ditabahkan hati untuk tetap meneruskan perjuangan.
Aku selalu mengusiknya, "janganlah berenti kerja, nanti saya tak ade kawan bersembang" Dia menjawab dengan penuh makna, "Guru boleh diganti, tapi ibu tidak... anak-anak saya amat perlukan saya". Terdiam aku seketika.
Buat Dr Reha, ku doakan agar dikau diberi kemudahan dalam setiap urusan dan dikurniakan ganjaran yang sebaiknya atas setiap kebaikan yang dicurahkan. Ya Allah, berkatilah hidupnya.... Ameen~
tibetibe sebak bce entri ni,.Dr.Reha mmg seorg guru dn ibu yg sgt2 baik,..tringt mse g umah die g amik brg,.hehe,..
ReplyDelete