Monday, 28 March 2011

kisah di sebalik seminar

26/03/2011, Jam 12 Tengahari, Bilik Falimbani.

Lega! Alhamdulillah... aku tesenyum sendiri. Beberapa minit yang mencemaskan baru sahaja berlalu.
Sepanjang tempoh setahun yang sudah, aku bertungkus-lumus memikir, memerah otak dan keringat, menghabiskan masa dan wang, meminta pendapat dan khidmat nasihat, mencari bahan dan rujukan, berkejar ke sana dan ke mari, berdoa, berharap, dan meminta,  akhirnya.... tiba waktunya untuk aku membentangkan cadangan penyelidikan yang bakal aku jalankan sebagai salah satu syarat untuk memenuhi keperluan  pengajian Master dalam bidang yang amat ku minati, Bahasa Arab.

Tiada kata yang dapat ku ungkapkan setelah tajuk cadanganku diterima oleh Jabatan. Walaupun di akhir pembentangan, wujud beberapa kritikan membina, kata-kata cadangan dan motivasi untuk memperbaiki dan  melicinkan proses penyelidikan yang bakal ku jalankan. Masya Allah, sungguh besar nikmat Allah buatku.

Sedikit ucapan la ye...terima kasih yang tidak terhingga buat suami tercinta, Muhammad Zulhusni,  kerana memahami dan memberi galakan yang tidak berbelah bahagi, ahli jawakankuasa penasihatan, Dr Abd Rauf dan Dr Reha, sahabat susah senang yang sama-sama berjuang, Farah Hanan, ibu abah, mak ayah dan siapa sahaja yang mendoakan.

Namun, ketenangan ini tidak akan terhenti di sini. Baki setahun lagi untuk meneruskan penyelidikan sebelum satu lagi pembentangan yang 'mengerikan' setiap mereka yang mengambil kursus ini, iaitu viva. Satu ujian akhir untuk membentangkan hasil kajian yang telah dijalankan... setahun lagi... hanya setahun lagi... Doakan aku berjaya. Amin Ya Robb.


p/s: dalam pengajian master yang sedang aku ikuti, selain proses penulisan tesis yang dibimbing pensyarah, dua bentuk pembentangan perlu dilalui. Dalam tahun pertama, 'seminar' iaitu pembentangan cadangan penyelidikan. Tahun kedua (tahun akhir), 'viva' iaitu pembentangan hasil penyelidikan yang dijalankan. Sungguhkan mencabar, namun tiada istilah mudah dalam menuntut ilmu. Doakan aku tabah.

3 comments:

  1. syukran lakii..mekasih huda ada segala sokongan dorongan bantuan pertolongan awk kat sy selama ni..awk sgt sgt byk membantu sy..awk pn tau sy mcm mn kan.huk3..rasa terharu n tacing pulak..tp alf syukr ats perjuangan kita sabtu lepas..alhamdulillah x terhingga rasanye..betapa kite menunggu dengan rasa ''gerun'' yg teramat *saya je gerun berie ehe* akhirnya dpt jgk kite tempuhinya..dgn baik mungkin? eheh..alhamdulillah tjuk kite diterima namun ttp ade yg perlu dibaiki..dan itu biasalah kan..kalau dh xde ape yg nk dibaiki tu maknanye kite dh pandai..dan kalau dh pandai baik xyah belaja dh..hhuhuhu..mcm mn nk ckp lg ek betapa sy bersyukur sgt2..tggl viva nti..mudah2an viva nti akan memberikan kite khabar gembira jugak..AMEEN YA ROBB..

    ReplyDelete
  2. typo lg: atas segala sokongan...hahahaha

    ReplyDelete