Saturday, 19 February 2011

Diari Perkahwinan:sebelum & selepas

Secara santai, aku akan berkongsi detik-detik terakhir sebagai 'bakal isteri'.
Sahabat baikku bertanya apa perasaanku tiga hari sebelum majlis ijabkabul berlangsung, mungkin dia juga mahu membuat 'persiapan mental' untuk dirinya kelak. Dengan bersahaja aku berseloroh: " Rasanya macam nk raye je... dapat baju baru...  bezanya, ade make-up, itu  je" Hehe... benar, sungguh benar. Aku  tidak pernah memakai alat solek tebal seumur hidupku. Dia kelihatan sangat geram, namun tetap tersenyum dengan jawapanku ~ itulah antara memori dan kenangan manis kami bersama.

Kini, aku telah sah bergelar isteri....
Ke hulu ke hilir dengan suami di sisi dan inai yang masih merah di jari.
Ramai bertanya apa perasaanku setelah berumahtangga. Dengan bersahaja aku menjawab: "Tak puas, rasa macam nak kawen lagi sekali". Suami di sebelah tersenyum memandang, mungkin dalam diam dia juga bersetuju. Ingin mengulangi sekali lagi detik terindah dalam kehidupan kerana terasa seakan pantas masa berlalu. Proses pernikahan yang ku lalui terlalu cepat rasanya, namun tetap bersyukur  dengan keindahan Islam yang memudahkan semua perkara. Dengan hadirnya pengantin lelaki, ditemani saksinya,  abah selaku wali dan adikku sebagai saksi kedua, juga qadhi yang bertanggungjawab melancarkan proses ijabkabul & bacaan ta'lik, terasa terlau pantas masa berlalu. Dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isteri.... Cepatnya! Sehingga aku tidak sempat untuk mengalirkan air mata...hehe. Yang kelihatan hanya air mata jernih yang mengalir di pipi suamiku... mungkin terasa berat tanggungjawab  yang kini digalas, dengan menerima diriku sebagai isteri.

~Abang, moga mahligai kita kekal hingga ke syurga,ameen~

2 comments:

  1. auww..berderau darah n meremang bulu roma sy bace..ehehe..sbb terlalu besar tanggungjawab yg wajib digalas once kita dh melangkah ke alam perkahwinan ye tak sis? eheh..sbb tu "abg" awak blh mngalirkan air mata..i'm speechless..huhu

    ReplyDelete
  2. touching,.



    sy tau sy lambat,.hurm,.

    ReplyDelete