Wednesday, 16 February 2011

Mengharungi kampus realiti

Alam rumahtangga penuh dengan seribu satu kemungkinan yang menjanjikan apa saja. Apa saja? Ya! Bahagia atau derita, suka ataupun duka, senyuman atau tangisan, pengorbanan atau penafian. Kita boleh pilih apa saja, dan kesudahannya juga sudah pasti dapat kita ramalkan. Aku mulakan luahan pertama ini dengan membicarakan tentang "mengharungi kampus realiti". Sebagai seorang yang terdidik dan terbiasa dengan fakta, aku akan cuba untuk mendifinisikan setiap patah tajuk coretanku kali ini. Mungkin kelihatan terlalu formal atau membosankan, tapi aku percaya... setiap dari kita mempunyai pengertian yang berbeza terhadap satu kalimah yang serupa.

Mengharungi bagiku ialah melalui...melalui liku-liku kehidupan yang tidak pasti corak dan cabarannya, kerana lorong dan jalan yang perlu diteroka penuh dengan teka-teki. Kalimah kampus ku petik untuk mengingatkan diriku tentang tanggungjawab yang masih ku galas sebagai seorang mahasiswi, juga sebagai memori ketika bergelar pelajar di kampus. Realiti, membawa maksud apa yang sedang dilalui dengan mata yang celik, hati yang insaf dan jiwa yang tabah, kerana setiap insan diciptakan bukan untuk berfantasi seumur hidupnya.

Mungkin definisi aku dalam mentafsir ungkapan tersebut sama dengan kamu, atau mungkin sedikit berbeza, atau mungkin tidak serupa secara total. Itulah maksudku... Aku yang seringkali dilabel sebagai seorang yang suka memendam perasaan dan sukar menzahirkan emosi lebih selesa begini, melahirkan kata-kata dengan tulisan.

Aku....sebenarnya terlalu baru untuk mencoretkan pesanan ini. Aku... baru saja bergelar seorang isteri. Isteri kepada seorang yang cukup memahami. Namun, aku sedar bahawa dugaan dan rintangan sudah pasti ada. Itu janji dari tuhan. Dan rumahtangga yang baru ku bina membuatkan aku lebih mengenali diri sendiri. Dia umpama cermin yang sentiasa menjadi refleksi diri, dia umpama bayang yang menemaniku dalam setiap perjalanan, dia umpama payung yang melindungiku untuk sampai ke Jannah tuhan. Ya Allah, aku bersyukur padaMu atas jodoh yang telah Kau tetapkan untukku.

Sebenarnya, satu saja yang ingin ku coretkan di sini, sebagai peringatan buatku serta teman di luar sana. Moga kita sama-sama mendapat manfaat dari tulisan ini. Aku tak mahu berbicara kosong,  aku tak mahu berkata sia-sia. Selangkah kita menjejakkan kaki ke alam rumahtangga, hadapilah ia dengan keyakinan yang tidak berbelah-bahagi terhadap Allah, bahawa itulah jodoh kita. Jangan pernah lari dari tanggungjawab (sebagaimana kita selalu lari dari menghadiri kuliah, atau lebih tepat lagi... ponteng kelas) atau berlengah melaksanakan kewajipan (sebagaimana kita seringkali meremehkan tugasan asignment). Andai kita mampu meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan, rebutlah juga ganjaran yang telah tuhan sediakan. Pilihan ada dalam tangan kita, kemahuan ada dalam minda kita, jawapan ada dalam hati kita. Ingatlah, perjuangan ini sangat penting, penentuan antara syurga dan neraka!

8 comments:

  1. saya suka coretanmu yang pertama ini wahai sahabat...penuh berisi nasihat...=)
    tapi aku dapat merasakan kesayuan di sebalik coretanmu ini...nape yer? ataukah ke'terharu'an yang menebal? pape pun, aku doakan dirimu bahagia selalu...=)

    ReplyDelete
  2. Ia lahir dari keinsafan, kerana kehidupan sebelum dan selepas berumahtangga ternyata berbeza. Kau akan mampu memahaminya bila statusmu juga berubah kelak ;)

    ReplyDelete
  3. tak sabar untuk aku mengalami nya...namun, aku masih belum bersedia wahai sahabat...

    tapi...aku mula merasakan kerinduan kepada seseorang yang telah aku abaikan kehadirannya selama ini....urm...

    ReplyDelete
  4. err mcm mn nak "like" kt sini ek? haha

    ok, sy suka cara awk..sebab awk akn mengaplikasikan ilmu yg kita pelajari sebaik2nya..sbg cth dlm coretan ni, awk telah masukkan "definisi istilah" di situ..hihi..dan terima kasih atas pengalaman2 yg dikongsi serta nasihat2 yg amat bgus utk kami yg masih bujang neh..teheee...

    ReplyDelete
  5. "tapi...aku mula merasakan kerinduan kepada seseorang yang telah aku abaikan kehadirannya selama ini....urm..."

    ape yg nak sy komen d sini.....masih belum terlambat rasanya utk awak mengenalinya semula..kih3..

    ReplyDelete
  6. farah : hahhahabat...erm...siyes li...tapi masih belum ade keberanian untuk melangkah kepada komitmen...=)

    ReplyDelete
  7. kamu sebenarnya berani untuk melalui, cuma gentar akan risiko.. itu lah lumrah alam. Allah beri kita pilihan.. Risiko berdepan dengan kebenaran lebih baik dari menyesal kerana tidak mencuba. kentalkan semangat, kuatkan azam.. hidup perlu berjuang untuk memiliki secebis kebahagiaan, kasih sayang dan ketenangan.

    ReplyDelete
  8. salam:)

    i like semueeeeeeeeeeeeeeeeee nye disini,.you, you, you, you, and you!,.hurmm,.missing that old stories,..

    ReplyDelete