Lega! Alhamdulillah... aku tesenyum sendiri. Beberapa minit yang mencemaskan baru sahaja berlalu.
Sepanjang tempoh setahun yang sudah, aku bertungkus-lumus memikir, memerah otak dan keringat, menghabiskan masa dan wang, meminta pendapat dan khidmat nasihat, mencari bahan dan rujukan, berkejar ke sana dan ke mari, berdoa, berharap, dan meminta, akhirnya.... tiba waktunya untuk aku membentangkan cadangan penyelidikan yang bakal aku jalankan sebagai salah satu syarat untuk memenuhi keperluan pengajian Master dalam bidang yang amat ku minati, Bahasa Arab.
Tiada kata yang dapat ku ungkapkan setelah tajuk cadanganku diterima oleh Jabatan. Walaupun di akhir pembentangan, wujud beberapa kritikan membina, kata-kata cadangan dan motivasi untuk memperbaiki dan melicinkan proses penyelidikan yang bakal ku jalankan. Masya Allah, sungguh besar nikmat Allah buatku.
Sedikit ucapan la ye...terima kasih yang tidak terhingga buat suami tercinta, Muhammad Zulhusni, kerana memahami dan memberi galakan yang tidak berbelah bahagi, ahli jawakankuasa penasihatan, Dr Abd Rauf dan Dr Reha, sahabat susah senang yang sama-sama berjuang, Farah Hanan, ibu abah, mak ayah dan siapa sahaja yang mendoakan.
Namun, ketenangan ini tidak akan terhenti di sini. Baki setahun lagi untuk meneruskan penyelidikan sebelum satu lagi pembentangan yang 'mengerikan' setiap mereka yang mengambil kursus ini, iaitu viva. Satu ujian akhir untuk membentangkan hasil kajian yang telah dijalankan... setahun lagi... hanya setahun lagi... Doakan aku berjaya. Amin Ya Robb.
p/s: dalam pengajian master yang sedang aku ikuti, selain proses penulisan tesis yang dibimbing pensyarah, dua bentuk pembentangan perlu dilalui. Dalam tahun pertama, 'seminar' iaitu pembentangan cadangan penyelidikan. Tahun kedua (tahun akhir), 'viva' iaitu pembentangan hasil penyelidikan yang dijalankan. Sungguhkan mencabar, namun tiada istilah mudah dalam menuntut ilmu. Doakan aku tabah.